KUALA LUMPUR 12 Mac – Penyokong Selangor yang tinggal di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam berpeluang untuk beramah mesra dengan dua bintang Red Giants, Amri Yahyah dan Taylor Regan, Sabtu ini.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam media sosial hari ini menjemput semua penyokong mereka untuk hadir di Stadium Sungai Besar pada Sabtu ini bagi bertemu dua bintang tersebut dalam sesi Jelajah 360°@smartselangor.
Selain berpeluang bertemu bintang penyerang dan pertahanan Red Giants itu, peminat juga boleh mendapatkan jersi pasukan yang dijual pada Sabtu serta Ahad.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pendaftaran kad ahli Red Giants juga boleh dilakukan di gerai Selangor FA pada 16 dan 17 Mac,” kata FAS dalam satu kenyataan di Facebook. – UTUSAN











