SDF perhebat serangan di Baghouz - Utusan Malaysia

SDF perhebat serangan di Baghouz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK 12 Mac – Tentera Demokratik Syria (SDF) semalam memperhebatkan serangan mereka di kedudukan terakhir militan Daesh di bandar Baghouz di wilayah Deir Ezzor, timur Syria.

Pasukan tentera dianggotai majoriti etnik Kurdis itu mengepung kubu Daesh berkenaan selepas ratusan daripada anggota kumpulan tersebut menyerah diri.

Daesh pernah menguasai sebahagian besar wilayah Syria dan Iraq namun kehilangan hampir kesemua kawasan jajahan mereka melainkan kawasan yang terletak berhampiran sempadan Iraq itu. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini