MASIH dihasilkan secara tradisi dan menggunakan produk segar tanpa sebarang bahan ekstrak, jamu rahsia tradisi silam Pati Asam Kunyit dan Herba iaitu produk Haroma Luv merupakan set terbaik buat wanita selepas bersalin.
Mengekalkan tradisi ‘formula home made’ dan digandingkan dengan resipi Nusantara, khasiat 13 herba warisan yang terkandung dalam Haroma Luv, keluaran Clear Herbs Sdn. Bhd. (Clear Herbs) itu berupaya mengecutkan peranakan, membaiki tisu koyak, menghindari masalah kekejangan otot serta mengatasi masalah lenguh-lenguh dan sengal badan.

Pengasas Clear Herbs, Abdul Halim Hafez berkata, selain Pati Asam Kunyit dan Herba terbukti mampu memulihkan tenaga buat kaum ibu selepas bersalin, pati kunyit yang terkandung di dalam produk itu juga membantu kaum ibu untuk mempunyai susu badan yang banyak.
Katanya, selain memberi kesegaran dan berupaya memanaskan badan, produk turun temurun yang menggunakan bahan serta ramuan asli itu dilihat ‘senjata’ terbaik untuk membuang angin di dalam badan.
“Menerusi tagline ‘Kembalikan Keremajaanmu’, produk Haroma Luv ini merupakan terapi terbaik kepada kaum Hawa untuk kelihatan muda dan cergas. Ini kerana Pati Asam Kunyit dan Herba berupaya melancarkan peredaran darah dan menjaga bentuk badan wanita, selain mampu membekalkan tenaga berterusan kepada ibu-ibu yang bersalin menerusi khasiat kurma yang terdapat di dalam produk ini.
“Produk ini juga berupaya mencuci bahagian dalaman badan dan menyah toksin, menghilangkan keputihan serta memulihkan luka dalaman. Lebih penting buat wanita, produk ini merupakan agen awet muda kerana berupaya menyerikan wajah dan mencantikkan kulit,” katanya kepada Mega Rona, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengarah Clear Herbs, Shamsul Kamal dan duta produk keluaran Clear Herbs Pati Herbamadu, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, sebagai sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang sedang berkembang di negara ini, pihaknya memerlukan kumpulan ejen atau pengedar yang lebih besar dalam memasarkan produk Pati Asam Kunyit dan Herba.
Menurutnya, sebanyak 200 orang pengedar diperlukan di seluruh negara bagi memasarkan produk yang sangat berkhasiat tersebut, sekali gus menampung 10 orang pengedar yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang.
Jelasnya, modal yang diperlukan bagi menjadi seorang stokis atau ejen adalah tidak besar iaitu serendah RM200, sekali gus membolehkan mereka memperoleh pulangan lumayan dan ganjaran tahunan.
“Pengedar yang dilantik akan disediakan dengan marketing kit dan turut dibantu menerusi kelas pemasaran yang dijalankan oleh syarikat, selain akan dibantu oleh kumpulan sokongan,” katanya.
Sementara itu, katanya, produk utama Clear Herbs, Pati Herbamadu adalah produk yang telah terbukti membantu menurunkan paras kolesterol, mengawal darah tinggi dan melancarkan perjalanan darah.
Orang ramai yang berminat mendapatkan produk dan menjadi pengedar produk Clear Herbs boleh menghubungi talian 012-227 2658 atau melayari Facebook: Clear Herbs.











