Lelaki maut langgar lori parkir tepi jalan - Utusan Malaysia

Lelaki maut langgar lori parkir tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Bahana meletakkan lori di tepi jalan mengakibatkan seorang lelaki maut selepas melanggar belakang kenderaan itu dalam kejadian di  Kilometer 34 Jalan Teluk Intan – Klang, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengahari itu, Mohd. Sapawi Mohd. Sukaimi, 55, yang beralamat di Kampung Kebun Baru, Hutan Melintang, Perak meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Suprintenden Lim Chee Khoon berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal jenis Modenas CT100 dalam perjalanan ke Hutan Melintang dari Sabak Bernam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, manakala pemandu lori berusia 34 tahun dikatakan meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk berehat  sebelum meneruskan perjalanan ke Setiawan Perak dari Klang. 

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang diletakkan hampir 30 minit di bahu jalan itu. 

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan mangsa terperosok di tayar belakang lori berkenaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala,” katanya di sini hari ini. 

Jelas Chee Khoon, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk bedah siasat. 
   
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini