10,000 aduan hina Islam dalam tempoh seminggu - Utusan Malaysia

10,000 aduan hina Islam dalam tempoh seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 Mac – Sebanyak 10,000 aduan berhubung penghinaan terhadap agama Islam diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh seminggu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jumlah aduan direkodkan oleh Unit Pemantauan Isu Hina Islam yang ditubuhkan sejak seminggu lalu adalah besar dan membimbangkan.

Katanya, setiap aduan ditapis dan diteliti bagi memastikan ia benar-benar bertujuan menghina atau provokasi oleh individu yang berselindung di sebalik akaun laman sosial palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah aduan yang besar ini seolah-olah menunjukkan perbuatan itu semakin menjadi-jadi. Ini adalah hasil jurang agama dan bangsa yang semakin membesar di negara ini.

“Budaya menghina agama ini tidak baik untuk membina negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sepatutnya kita merapatkan jurang dan kita kesal dengan budaya ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Prapelancaran Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, budaya menghina Islam berlaku ekoran pendekatan sesetengah ahli politik pembangkang terhadap penganut agama lain.

“Mereka dilihat terlalu ekstrem dan kadang-kadang menghukum orang bukan Islam dan ini menyebabkan tindak balas. Ini perkara yang tidak sihat,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan mengamalkan pendekatan mendidik dan bukannya menghukum supaya Islam tidak dipandang rendah oleh penganut agama lain.

“Sebab itu kerajaan mahu menghantar mesej bahawa budaya menghina agama ini tidak boleh menular di Malaysia. Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan dan kita mahu mereka berasa selamat di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini