Jangan guna alasan kebebasan bersuara untuk langgar undang-undang - Utusan Malaysia

Jangan guna alasan kebebasan bersuara untuk langgar undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Inginkan kebebasan bersuara bukan tiket untuk mana-mana pihak termasuk golongan lesbian, gay, beseksual dan transgender (LGBT) mengambil keputusan sendiri sehingga melanggar undang-undang sedia ada.

Untuk itu, semua pihak yang ingin menyuarakan sesuatu isu atau pendapat melalui himpunan diingatkan untuk memohon kebenaran kerana mereka boleh di dakwa di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 jika ingkar.

Penganalisis Politik dan Pengamal Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, walaupun hak bersuara terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan namun semua pihak perlu mematuhi peraturan sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perhimpunan aman perlu ikut peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman, jika tidak mereka boleh didakwa.

“Setiap gerakan juga perlu selaras dengan undang-undang kerana jika mereka bergerak dalam kumpulan yang tidak sah, maka ini satu lagi kesalahan di bawah akta persatuan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, golongan LGBT tidak akan terlepas daripada tindakan sekiranya mereka melanggar undang-undang negara.

Katanya, tindakan sebahagian golongan berkenaan berhimpun dan berarak sempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lalu telah melanggar undang-undang kerana tidak memiliki permit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini