Korea Selatan turut gantung operasi Boeing 7373 MAX 8 - Utusan Malaysia

Korea Selatan turut gantung operasi Boeing 7373 MAX 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 12 Mac – Korea Selatan menjadi negara terbaharu yang menggantung operasi pesawat penerbangan komersial Boeing 737 MAX 8 susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas kelmarin.

Kementerian Pengangkutan, Infrastruktur dan Tanah Korea Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sudah mengarahkan syarikat penerbangan Eastar Jet supaya menghentikan operasi menggunakan pesawat dari model berkenaan.

Kementerian memaklumkan syarikat penerbangan itu turut bersetuju dengan arahan tersebut. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini