22 penduduk Yemen terkorban - Utusan Malaysia

22 penduduk Yemen terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 12 Mac – Serangan udara dilancarkan oleh tentera pakatan Arab Saudi menyebabkan 22 penduduk awam terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak di sebuah kampung di utara Yemen.

Sumber perubatan memetik Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yemen sebagai berkata, serangan di daerah Kushar, wilayah Hajja turut mencederakan 30 orang.

“Kebanyakan kanak-kanak yang cedera telah dihantar ke beberapa hospital di daerah Abs dan Sanaa serta beberap lagi perlu dipindahkan untuk selamat,” kata Penyelaras PBB di Yemen, Lise Grande dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Reuters memetik laporan Al Arabiya TV sebagai berkata, kumpulan pemberontak Houthi merupakan dalang serangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini