Malindo tidak kendali pesawat jenis Boeing 737 Max - Utusan Malaysia

Malindo tidak kendali pesawat jenis Boeing 737 Max

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malindo Air tidak mengendalikan sebarang pesawat jenis Boeing 737 MAX yang operasinya digantung oleh beberapa syarikat penerbangan susulan dua nahas maut membabitkan pesawat itu dalam tempoh kurang enam bulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tersebut menyatakan ia kini mengendalikan sebanyak 42 buah pesawat merangkumi 29 buah Boeing 737NG dan 13 buah ATR72-600.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandram Rama Muthy berkata, Malindo Air juga akan lebih berwaspada terhadap sebarang perancangan masa depan membabitkan pesawat jenis MAX itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, beliau turut berkongsi simpati di atas kejadian nahas Ethiopian Airlines pada Ahad lepas, “Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terbabit dalam tragedi ini.”

Pada Oktober 2018, pesawat jenis sama kendalian Lion Air terhempas di Indonesia dan meragut 189 nyawa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini