99.99 peratus pengundi Korea Utara turun mengundi - Utusan Malaysia

99.99 peratus pengundi Korea Utara turun mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG 12 Mac – Jumlah pengundi Korea Utara yang turun dalam pilihan raya kelmarin dengan hanya satu nama calon setiap kawasan mencapai 99.99 peratus tahun ini berbanding 99.97 sebelum ini.

Berjuta rakyat negara itu pergi ke tempat pengundian setiap lima tahun sekali bagi memilih pengubal undang-undang ‘cap getah’ yang dikenali sebagai Dewan Undangan Rakyat Agung.

Hanya satu nama diluluskan bagi setiap slip undi di negara yang dikawal ketat Parti Pekerja dipimpin Kim Jong-un.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Agensi Berita KCNA, jumlah pengundi tidak mencapai 100 peratus kerana mereka ‘bekerja di luar negara dan laut’ tidak dapat mengambil bahagian.

Pada 2014, keputusan pilihan raya itu memihak 100 peratus pada 687 calon yang tersenarai.

Adik perempuan kepada Jong-un dan pembantu rapatnya, Kim Yo Jong antara calon baharu yang terpilih, mengikut agensi berita South Yonhap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini