Desak PM undur: PH sokong Mahathir, tiada isu undi tidak percaya - Utusan Malaysia

Desak PM undur: PH sokong Mahathir, tiada isu undi tidak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak timbul isu undi tidak percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana Pakatan Harapan (PH) menyokong kuat beliau sebagai perdana menteri.

“Tidak timbul isu undi tidak percaya. Hari ini kita Pakatan Harapan telah menekankan untuk memberi sokongan yang kuat dan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, turut menegaskan tidak wujud masalah menteri gagal menjalankan tugas kerana mereka bekerja secara kolektif bagi membentuk dasar yang lebih responsif kepada rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam jemaah menteri kabinet kita bincang secara bersama dan muafakat kerana muafakat itulah yang telah membawa kejayaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di luar kerajaan bagi mendapat pandangan daripada pakar dan tokoh akademik. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini