Ibu maut, suami dan anak selamat dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Ibu maut, suami dan anak selamat dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang wanita maut setelah sebuah lori dinaikinya bersama suami dan anak berusia lapan bulan terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 413 Lebuh Raya Utara – Selatan arah Selatan di Hulu Selangor dekat sini pagi tadi.

Ketika kejadian pada pukul 6.55 pagi itu, Eeda Farina Mohd. Saleh, 30, yang berasal dari Ipoh, Perak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, lori dipandu suami mangsa berada di belakang sebuah treler dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suami mangsa dipercayai cedera ringan manakala bayi mereka berusia lapan bulan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Terdahulu sebuah treler dipandu suspek berusia 34 tahun dalam perjalanan ke ibu negara dari Seberang Perai dikatakan melanggar sebuah treler lain yang sedang bergerak di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun Bak Phai memberitahu, pemandu treler yang dilanggar mangsa itu dikatakan tidak memberhentikan kenderaannya selepas kejadian tersebut.

“Isteri kepada pemandu lori itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Jelasnya, kes tersebut masih disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini