Streram nafi minta wang untuk bertanding PRK Rantau - Utusan Malaysia

Streram nafi minta wang untuk bertanding PRK Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 Mac – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram menafikan beliau meminta wang tajaan daripada orang ramai untuk membiayainya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Menurut Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau itu, ada pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu melalui mesej infografik dalam media sosial sejak semalam bagi memburuk-burukkannya.

“Saya kecewa dengan anasir-anasir yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah dan maklumat palsu yang boleh memesongkan minda pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya meminta orang ramai jangan terpedaya dengan berita palsu, lebih-lebih lagi menjelang musim PRK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesej tersebut yang tular dalam media sosial mendakwa Streram merayu sumbangan kerana beliau sudah menghabiskan wang untuk kes petisyen DUN Rantau di mahkamah dan kini tidak mempunyai wang bagi menghadapi PRK berkenaan.

Beliau kononnya meminta mereka yang ingin membantu supaya memasukkan wang ke dalam akaun banknya dan menjanjikan projek kepada mereka sekiranya menang nanti.

Semalam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Streram sebagai calon PH bagi PRK DUN Rantau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini