JAKARTA 12 Mac – Pengetua Sekolah Berasrama Islam Al-Qur’aniyy Azzayadiyy, KH Abdul Karim menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan status Islam Calon Presiden nombor 2 Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) serta mengaitkan beliau dengan Parti Komunis Indonesia (PKI).
Abdul Karim yang mengenali Jokowi sejak sebelum ahli politik itu memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Solo menegaskan keislaman beliau tidak perlu diragukan justeru meminta pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan tindakan mereka menyebarkan pembohongan tentang keislaman Jokowi.
Abdul Karim mencabar pihak-pihak yang membuat pertuduhan tersebut agar tampil memberikan bukti atas dakwaan yang mereka lemparkan terhadap Jokowi.-AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











