Visa haji, umrah lulus dalam beberapa minit sahaja - Utusan Malaysia

Visa haji, umrah lulus dalam beberapa minit sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 12 Mac – Kerajaan Arab Saudi berhasrat untuk memperluaskan penggunaan visa elektronik kepada jemaah haji dan umrah luar negara serta mempercepatkan proses pengeluarannya tanpa perlu mendapatkannya di pejabat kedutaan.

Portal Arab News melaporkan, visa elektronik tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa minit sahaja kepada syarikat yang menggunakan pakej haji dan umrah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Penasihat Menteri Haji dan Umrah, Abdulrahman Shams berkata, jemaah dari luar negara perlu mendapatkan visa melalui syarikat dan ejen yang menawarkan perkhidmatan haji dan umrah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, visa elektronik akan dikeluarkan kepada entiti-entiti (syarikat dan ejen) yang akan dilesenkan bagi memudahkan melakukan haji dan umrah di negara ini,” katanya kepada MBC di sini semalam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini