Dua juta kanak-kanak di Yemen tidak bersekolah - Utusan Malaysia

Dua juta kanak-kanak di Yemen tidak bersekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 11 Mac- Kira-kira dua juta kanak-kanak di Yemen tidak bersekolah ekoran perang yang tercetus antara gabungan diketuai Arab Saudi dengan pemberontak Houthi di negara tersebut.

Pengarah, Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa (UNICEF) bagi Asia Barat dan Afrika, Geert Cappelaere berkata, angka tersebut adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan, iaitu tujuh juta kanak-kanak yang tinggal di negara bergolak itu.

“Pendidikan di Yemen berdepan krisis apabila bangunan sekolah musnah serta kekurangan bahan-bahan pembelajaran akibat perang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan sekolah-sekolah di sini tidak selamat diduduki kerana mengalami kerosakan yang teruk, digunakan sebagai kubu untuk berperang dan didiami keluarga-keluarga yang tidak memiliki kediaman,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini