Seminar, pertandingan fotografi Hari Wanita di Dewan Besar IKIM Ahad ini - Utusan Malaysia

Seminar, pertandingan fotografi Hari Wanita di Dewan Besar IKIM Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Orang ramai khususnya wanita dipelawa untuk menghadiri Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 bertema Berinovasi Untuk Perubahan di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, Ahad ini.

SEMINAR Hari Wanita Antarabangsa bertemakan Berinovasi Untuk Perubahan menampilkan enam panel membicarakan isu-isu penting berkaitan kewanitaan dalam pelbagai perspektif di Dewan Besar IKIM, 17 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Seminar sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang itu akan menampilkan enam panel daripada latar belakang berbeza yang akan membicarakan isu-isu penting berkaitan kewanitaan dalam pelbagai perspektif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara barisan panel termasuk Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Ustazah Sallawahiu Mohd. Salleh dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Prof. Dr Azizan Baharuddin.

Turut menampilkan Pakar Obstetrik dan Ginekologi merangkap Penyelaras Unit Perancangan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj dan daripada Malaysia Hindu Sangam, T. Gowri.

Selain seminar tersebut, Pertandingan Fotografi Hari Wanita Antarabangsa turut diadakan dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penyertaan adalah percuma.

Tarikh tutup penyertaan pertandingan adalah pada 15 Mac ini dan para pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2019 melalui media sosial dan laman web Pertubuhan Ikram Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut mengenai seminar boleh menghubungi Cik Nik di talian 013-784 0942 manakala pertanyaan untuk pertandingan fotografi boleh berurusan dengan Mohd. Khairul Anuar di talian 013-246 4629. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini