Yeo Bee Yin kahwini CEO IOI Properties Group - Utusan Malaysia

Yeo Bee Yin kahwini CEO IOI Properties Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac. – Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dilaporkan menamatkan zaman bujangnya hari ini apabila secara sah menjalinkan ikatan perkahwinan bersama CEO IOI Properties Group Bhd., Lee Yeow Seng.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan, Bee Yin dan pasangannya memeterai surat perkahwinan dalam suatu majlis di Kuala Lumpur.

Menurut laporan tersebut, majlis makan malam perkahwinan dijadual akan diadakan pada 29 Mac ini di sebuah hotel di Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yeo Seng, 40 merupakan anak kepada pengasas kumpulan IOI Lee Shin Cheng. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini