Penjual ikan maut langgar lari - Utusan Malaysia

Penjual ikan maut langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 10 Mac – Seorang penjual ikan maut selepas terlibat dalam kes langgar lari di kilometer 12, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berdekatan Kampung Wakaf Dua di Bukit Payung, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa Ton Bendahara Ton Yusof, 51, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal roda tiga dikatakan dari arah Bukit Payong menghala ke Kuala Terengganu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setibanya di lokasi kejadian motosikal mangsa dirempuh oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftarannya.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, superintenden Abd. Razak Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek kenderaan yang terlibat dan orang ramai yang mempuyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini