Putus jari, pergelangan tangan berebut kawasan pengedaran dadah - Utusan Malaysia

Putus jari, pergelangan tangan berebut kawasan pengedaran dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mac – Polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan perebutan kawasan pengedaran dadah dalam ladang kelapa sawit, di Jalan Permas Utara, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, suspek yang ditahan merupakan antara tujuh suspek yang dicari pihaknya berhubung kejadian ini.

“Pada pukul 6.07 petang semalam, polis menerima panggilan memaklumkan terdapat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan bersebelahan Econsave Permas Jaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklumat, sepasukan polis bergerak ke lokasi pergaduhan iaitu dalam ladang kelapa sawit dan menjumpai dua mangsa cedera, seorang putus pergelangan tangan dan seorang lagi putus jari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Mohd. Khalil Kader, pihaknya kemudian turut menemukan seorang lagi mangsa yang cedera di tangan di Masai, pada pukul 12.15 pagi tadi.

“Hasil siasatan, mangsa cedera akibat ditetak sekumpulan tujuh lelaki yang bersenjatakan parang. Pergaduhan dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.

“Sehubungan itu, polis sedang berusaha mengesan enam suspek lain yang turut terlibat dalam kejadian ini,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326/435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini