Tiga cedera ditetak dalam pergaduhan rebut kawasan pengedaran dadah - Utusan Malaysia

Tiga cedera ditetak dalam pergaduhan rebut kawasan pengedaran dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tiga individu cedera parah apabila ditetak sekumpulan tujuh lelaki dalam pergaduhan di sebuah lokasi pengedaran dadah di ladang kepala sawit di Jalan Permas Utara di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.07 petang itu, seorang mangsa putus pergelangan tangan kanan dan seorang lagi putus ibu jari kiri manakala seorang lagi luka di tangan kiri akibat dilibas senjata tajam dipercayai parang.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan menemui seorang lelaki terbaring dalam keadaan parah di tepi jalan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis diatur gerak ke lokasi kejadian iaitu kawasan penagih dadah dalam Ladang kelapa sawit, Jalan Permas Utara dan menemui dua lelaki masing-masing berusia 46 dan 39 tahun dalam keadaan parah.

“seorang daripada mangsa mengalami putus pergelangan tangan kanan dan seorang lagi putus ibu jari tangan kiri dan kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Khalil berkata, pihak hospital tidak berjaya untuk menyambung semula pergelangan tangan mangsa disebabkan sel telah mati manakala mangsa yang mengalami putus jari berjaya disambung semula. 

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati polis berjaya mengesan seorang lagi mangsa yang disyaki turut terlibat dalam kejadian tersebut yang mengalami kecederaan luka ditangan kiri di Masai di sini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati pergaduhan ini berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah di kawasan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan 434 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini