Didakwa gagal lunas hutang, Streram rujuk pimpinan PKR - Utusan Malaysia

Didakwa gagal lunas hutang, Streram rujuk pimpinan PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Timbalan Ketua PKR Rembau, Dr. S. Streram tidak menolak kemungkinan dakwaan beliau gagal menjelaskan hutang ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau dan akan berbincang dengan pucuk pimpinan pusat bagi menentukan langkah seterusnya.

Menurutnya, hutang tersebut telah dijelaskan sepenuhnya kepada Anggota Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar dan semua dokumen serta bukti pembayaran telah diserahkan kepada pimpinan pusat selepas isu tersebut dibangkitkan di peringkat dalaman.

“Saya berhutang dengannya RM60,000 dan telah membayar keseluruhan hutang itu pada bulan Oktober tahun lepas secara tunai yang saya serahkan kepada pegawai khasnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi apabila isu ini ditimbulkan di peringkat dalaman, saya kemudiannya telah menyerahkan dokumen dan bukti pembayaran kepada pimpinan pusat pada awal bulan lepas dan sekiranya dipanggil ke mahkamah, saya ada bukti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, beliau juga terkejut dengan tindakan Santhara Kumar yang menurutnya adalah kawan baik beliau.

“Saya tidak menolak kemungkinan perkara ini ditimbulkan ada kaitannya dengan PRK Rantau untuk memburukkan imej saya,” katanya.

Tular di media sosial semalam behubung dakwaan Santhara Kumar membuat laporan polis terhadap Streram atas dakwaan gagal membayar balik wang yang dipinjam bagi tujuan pembelajaran anaknya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini