Kakitangan kedutaan AS ditemukan bawa ‘shell’ mortar di lapangan terbang Moscow - Utusan Malaysia

Kakitangan kedutaan AS ditemukan bawa ‘shell’ mortar di lapangan terbang Moscow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 9 Mac – Kakitan keselamatan lapangan terbang utama Moscow merampas ‘shell’ mortar daripada kakitangan kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat sebagai provokasi oleh Kementerian Luarnya hari ini.

Kakitangan keselamatan Lapangan Terbang Sheremetyevo menemukan objek itu ketika memeriksa beg lelaki berkenaan.

Menurut sumber, pakar pemusnah bom mengesahkan bahawa ia adalah ‘shell’ dengan alat peledak namun bukannya bahan letupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kakitangan AS itu memberitahu, ianya hanya bagi simpanan peribadi dan dia dibenarkan untuk membawanya.

Moscow berkata, mereka telah menghubungi kedutaan AS dan masih menunggu penjelasan lanjut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini