Pekerja maut terkena sabit ketika mengait buah kelapa sawit - Utusan Malaysia

Pekerja maut terkena sabit ketika mengait buah kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pekerja mengait buah kelapa sawit maut akibat pendarahan teruk selepas sabit yang digunakannya untuk mengait buah itu terjatuh lalu terkena betis kanannya hari ini. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.15 pagi semasa Abdul Razak Said, 47, berada di ladang Felda Jengka 4, Maran dekat sini. 

Katanya, mangsa ke ladang dengan ditemani anaknya Muhammad Akif, 15, yang mendakwa ayahnya tidak sedarkan diri selepas mengalami pendarahan teruk akibat ‘ditikam’ sabit itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Muhammad Akif kemudian terus menaiki motosikal untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung berhampiran. 

“Dia dan penduduk kampung membawa bapanya ke Klinik Kesihatan Maran dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, namun dimaklumkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini