Liga Super: Perak raih kemenangan pertama, benam PJ City FC - Utusan Malaysia

Liga Super: Perak raih kemenangan pertama, benam PJ City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pasukan bola sepak Perak berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super pada musim ini selepas berjaya membenam kelab Petaling Jaya (PJ) City FC 1-0 di gelanggang sendiri di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Jaringan tunggal perlawanan itu hadir menerusi sepakan penalti yang disempurkan Wander Luiz Bitencourt Junior menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Muhaimin Mohamad pada minit ke-39. 

Sepakan penalti tersebut dihadiahkan kepada Perak selepas pemain penyerangnya, Mohd. Nor Hakim Hassan dijatuhkan pemain Petaling Jaya City FC di dalam kotak penalti pada minit ke-37. 

Memuatkan artikel berkaitan…

The Bos Gaurus mendapat peluang baik untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-51 namun rembatan Wander Luiz tepat ke dakapan Mohd. Muhaimin. 

Giliran pasukan pelawat menyusun serangan dan mereka memperoleh peluang untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-70 namun sepakan penyerangnya, Safee Sali tersasar dari gawang Perak.

Beberapa percubaan anak-anak buah Mehmed Durakovic hadir pada minit ke 74 dan 84 namun rembatan serta tandukan Nor Hakim dan Wander Luiz tidak membuahkan jaringan.

Petaling Jaya City FC sekali lagi berjaya mencipta peluang keemasan untuk mendapatkan gol. Tandukan Sergio Paulo Nascimento itu bagaimanapun berjaya diselamatkan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. 

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan yang dihadiri kira-kira 4,000 penyokong. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini