ISLAMABAD 9 Mac – Dua pendaki hilang hampir dua minggu ketika dalam misi menawan puncak gunung kesembilan tertinggi di dunia, Nanga Parbat ditemukan sudah tidak bernyawa, di sini hari ini.
BBC melaporkan, mangsa, Briton Tom Ballard dan Italian Daniele Nardi kali terakhir berhubung dari Nanga Parbat pada altitud sekitar 6,300 meter.
Pada Rabu lalu, pencarian dihentikan namun disambung selepas terlihat ‘bentuk badan’ pada laluan dilalui pendaki-pendaki.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa dua ‘bentuk itu merupakan mangsa yang hilang.
Menurut Duta Italy ke Pakistan, Stefano Pontecorvo, pendaki Sepanyol, Alex Txikon menemukan mayat mereka di laluan Mummery Spur.











