Teknologi AI kenal pasti hotspot denggi - Utusan Malaysia

Teknologi AI kenal pasti hotspot denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kementerian Kesihatan mempunyai kepaka­ran dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI bagi membasmi nyamuk aedes dan wabak denggi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu pihak kementerian berhasrat memperluaskan penggunaan AI supaya dapat mengenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi kes denggi sebagaimana langkah pencegahan yang telah dilaksa­nakan di Pulau Pi­nang sebelum ini.

“Kajian daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menunjukkan keberkesanan yang baik dalam pelaksa­naan AI.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika sumber ke­­wangan negara bo­­leh memperluaskan penggunaannya ke negeri lain maka kemen­terian akan memanfaatkan tek­nologi itu secara lebih lanjut kerana kita mempunyai pakar AI,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata de­mikian selepas me­rasmikan Gotong-Royong Mega Pe­rangi Aedes 1.0 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa 2, Cheras, di sini hari ini.

Tambahnya, de­ngan penggunaan teknologi AI, kawa­san panas denggi akan dapat dikesan dan pelaksanaan akan dimulakan di ibu kota serta Selangor yang menunjukkan pe­ningkatan kes denggi dalam tempoh lebih dua dekad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini