Kemarau: Kementerian, Kada bertindak awal elak pesawah rugi - Utusan Malaysia

Kemarau: Kementerian, Kada bertindak awal elak pesawah rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 9 Mac – Seramai 7,733 pesawah di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) seluas 26,833 hektar bakal berdepan kerugian melebihi RM36 juta jika masalah kekurangan bekalan air ketika musim kemarau ini gagal diselesaikan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan berkata, pihaknya menyedari risiko itu dan akan bekerjasama dengan Kada bagi menangani masalah itu atau sekurang-kurangnya meminimumkan kerugian pesawah.

Antara langkah awal kata beliau, berusaha menyediakan 100 telaga tiub sebagai tambahan kepada 200 unit sedia ada bagi membolehkan bendang yang jauh dari kawasan pengairan utama tidak terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kementerian telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani kesan fenomena ini termasuk berbincang dengan Jabatan Meteorologi supaya mereka melaksanakan pembenihan awan di negeri ini.

“Kita harap langkah awal yang telah diambil ini akan mengurangkan risiko kerugian pesawah akibat kemarau sebagaimana yang pernah dialami mereka sekitar 2015,” katanya ketika melawat dan membuat tinjauan di Bendang Cherang Rotan, di sini petang ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan
Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Kada, Nik Roslan Idris.

Mohd. Sallehuddin dalam pada itu memberitahu, setakat ini, masalah kekurangan air sekitar Cherang Rotan yang seluas 1,500 hektar telah diatasi apabila stesen pam di situ berjaya mengalirkan air Sungai Belida ke semua sawah..

“Kita juga mengagihkan pam air bergerak termasuk menggunakan kaedah ‘backward pump’ kepada 20 pesawah di sekitar Bendang Cherang Rotan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini