Usaha Kor Ming takutkan rakyat terhadap penyatuan Pas-UMNO - Utusan Malaysia

Usaha Kor Ming takutkan rakyat terhadap penyatuan Pas-UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Kerjasama UMNO dan Pas akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming malah mengatakan rakyat akan menderita apabila UMNO dan Pas membentuk kerajaan kerana keadaan itu disifatkan sebagai tiada patah balik.

Katanya, kerjasama rasmi yang dilaksanakan UMNO dan Pas itu juga dilihat semakin ekstrem.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO dan Pas telah mengambil tindakan bersama yang semakin ekstrem manakala orang Melayu yang berfikiran terbuka dan sederhana telah berdiam diri.

“Golongan yang berfikiran sederhana dan pertubuhan masyarakat perlu bersatu dan menguatkan tenaga supaya negara menghala ke aras pemerintahan yang mengamalkan pendekatan sederhana, bukannya ekstrem,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette yang menjadikan sumber beritanya akhbar Kwong Wah Yit Poh.

Beliau dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri majlis sempena sambutan Hari Wanita di Kampung Aulong, Taiping, Perak, semalam.

Tambah Kor Ming yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, UMNO dan Pas diibaratkan sebagai dua kapal yang semakin tenggelam dan cuba menyelamatkan diri dengan berpaut sesama sendiri.

Beliau turut menyatakan kekesalannya apabila parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC masih ‘berpelukan’ dengan UMNO.

“Sesetengah pemimpin UMNO sudah didakwa di mahkamah dan parti itu juga dipenuhi dengan pelbagai skandal. Dalam Pas pula, ada pemimpinnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika Pas bekerjasama dengan UMNO, masyarakat majmuk yang terbina sejak 1957 akan berdepan krisis,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini