Penyewa PPR Taman Manggis langgar syarat dibenarkan kembali sementara - Utusan Malaysia

Penyewa PPR Taman Manggis langgar syarat dibenarkan kembali sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang telah diarahkan keluar dari unit sewaan mereka kerana melanggar syarat penyewaan, dibenarkan kembali ke unit masing-masing selama tiga hari bermula hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani Pulau Pinang, Afif Bahardin berkata, langkah sementara itu diambil sebelum tindakan selanjutnya diputuskan kerajaan negeri.

“Kita masih belum membuat apa-apa keputusan sama ada mereka perlu keluar semula dari unit-unit terbabit selepas tempoh kebenaran itu tamat iaitu Ahad ini. Pada masa sama pelan tindakan lanjut sedang dibincangkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keputusan kebenaran masuk sementara itu diputuskan pada perbincangan beliau bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo serta Pejabat Perumahan Kerajaan Negeri.

Sebanyak enam keluarga yang diarahkan keluar dari unit mereka bertindak “menghuni” pekarangan bangunan Komtar di sini sejak Rabu sebagai membantah arahan itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini