3 petugas perubatan turut dirawat - Utusan Malaysia

3 petugas perubatan turut dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 Mac – Tiga petugas perubatan antara 39 mangsa yang masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini akibat terhidu gas kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah (Perubatan II) HSI, Dr. Surya Marsom berkata, petugas perubatan tersebut merupakan antara pihak yang memberi perkhidmatan di lokasi kejadian.

“Kejadian semalam turut mengakibatkan tiga petugas perubatan ditempatkan ke wad bagi menerima rawatan ekoran terhidu gas kimia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga petugas itu masing-masing merupakan seorang doktor dan jururawat yang dimasukkan ke dalam wad, serta seorang pemandu ambulans yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di HSI di sini hari ini.

Sementara itu Nie Ching memberitahu, Kementerian Pen­didikan mahu individu bertanggungjawab dalam insiden itu diambil tindakan tegas.

Katanya, mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar bagi menyiasat insiden ber­kenaan kerana membahayakan nyawa orang ramai.

“Perkara ini bukan pertama kali berlaku, hujung tahun lalu sebuah sekolah di Klang, Se­langor terpaksa ditutup kerana berlaku kebocoran gas di kilang ais sebelahnya, namun ia tidak seteruk ini.

“Tindakan tegas perlu diambil kerana insiden ini telah membahayakan nyawa,” kata­nya.

Tambah beliau, arahan penutupan kedua-dua sekolah itu ketika ini kekal sehingga Sabtu, namun sekiranya keadaan masih belum selamat, penutupan sekolah akan dilanjutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini