Kerajaan ambil jalan tengah isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah - Utusan Malaysia

Kerajaan ambil jalan tengah isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan hari ini mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran subjek itu dalam Bahasa Kebangsaan tetap diteruskan.

Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi penagajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.

“Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bagi semua sekolah kita kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dapat keuntungan daripada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak untuk belajar daripada bahasa itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Khususnya, ramai yang berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Filipina hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini