Penduduk PPR Taman Manggis dibenar pulang sehingga Ahad ini - Utusan Malaysia

Penduduk PPR Taman Manggis dibenar pulang sehingga Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 8 Mac – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi kelonggaran kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini yang dihalau Rabu lalu untuk pulang semula ke rumah masing-masing sehingga Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo serta Pejabat Perumahan kerajaan negeri awal hari ini.

“Mereka (penyewa yang diusir) dibenarkan untuk kembali ke kediaman masing-masing sehingga Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tempoh itu, kerajaan negeri akan melakukan perbincangan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan enam daripada 22 keluarga yang terlibat yang berkampung di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini sejak dihalau Rabu lalu, enggan menerima keputusan tersebut kerana tetap mahukan jaminan dibenarkan tinggal di rumah masing-masing.

Keluarga berkenaan adalah sebahagian daripada 22 penyewa PPR itu yang diusir selepas didapati hilang kelayakan menduduki rumah PPR berkenaan kerana beberapa sebab antaranya melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini