Subromaniam bersara KP Kastam - Utusan Malaysia

Subromaniam bersara KP Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Mac – Datuk Seri T. Subromaniam menyifatkan peralihan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merupakan pengalaman manis sepanjang kariernya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Subromaniam yang bersara sebagai Ketua Pengarah Kastam bermula esok berkata, beliau pernah terlibat dalam pelaksanaan GST ketika menjawat sebagai Pengarah GST JKDM termasuk daripada segi proses undang-undang dan implementasi sistem pencukaian itu.

“Selain itu pada tahun lalu, selaku Ketua Pengarah JKDM, saya juga mengendalikan saat-saat peralihan GST ke SST yang telah berjaya dilakukan dalam tempoh singkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya anggap detik-detik ini merupakan pengalaman berharga sepanjang 35 tahun berkhidmat di Jabatan Kastam dan ia tidak boleh dilupakan dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Kastam di sini hari ini.

Majlis itu juga dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan seluruh pegawai serta kakitangan JKDM.

Pada masa sama, Subromaniam memaklumkan, JKDM berharap jumlah kutipan SST tahun ini dapat melebihi sasaran RM22 bilion seperti mana ditetapkan sebelum ini.

Tanpa menyebut lebihan sasaran itu, katanya unjuran itu berdasarkan komitmen yang bakal dijayakan oleh seluruh warga JKDM untuk mengutip SST daripada pihak-pihak terlibat.

“Itu baru SST, belum lagi duti import, duti eksais yang merupakan di bawah tanggungjawab kami untuk disalurkan semula kepada pendapatan negara.

“Namun saya berharap ia melebihi sasaran ditetapkan sekali gus dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Ketika ditanya perancangan selepas bersara, Subromaniam berkata, beliau ingin berehat terlebih dahulu bersama seisi keluarga.

Katanya, jawatan Ketua Pengarah Kastam akan dipangku oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pencukaian dan Cukai Dalam Negeri) Kastam, Datuk Paddy Abd. Halim sementara proses pelantikan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini