SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan diskaun 50 peratus sepanjang bulan ini kepada orang ramai yang mempunyai kompaun tertunggak.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penawaran kompaun menerusi kempen pengurangan kompaun itu untuk membantu dan menggalakkan orang ramai menyelesaikan kompaun mereka sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka.
“Antara kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan sehingga 50 peratus adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, “katanya di sini hari ini.
Shahrin menambah, selain itu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007 dan Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 20079 Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007 turut diberi pengurangan yang sama.
Jelas beliau, kompaun bagi tempat letak kereta akan diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal kompaun di semua kaunter pembayaran MBSA.
“Pembayaran boleh dilakukan menerusi perkhidmatan perbankan Maybank2U, kaunter Bank Muamalat dan kaunter Bank Rakyat selain kaunter utama MBSA,” katanya. – K! ONLINE











