Pelajar diserang sebab tolak sertai kongsi gelap - Utusan Malaysia

Pelajar diserang sebab tolak sertai kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Akibat menolak menyertai kumpulan kongsi gelap menjadi punca seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Setia Alam di sini yang diserang empat lelaki Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, empat lelaki suspek itu dipercayai merupakan ahli sebuah kongsi gelap yang masih aktif di Klang. 

Katanya, mereka bertindak sebagai perekrut ahli-ahli baharu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, mangsa dipercayai enggan menyertai kongsi gelap itu yang membuatkan empat suspek berang dan bertindak menyerang mangsa. 

“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk motif sebenar kejadian dan usaha mengesan tiga lagi suspek serta saki baki ahli kongsi gelap yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama kongsi gelap itu sama ada dari Geng 36 atau 18.

Jelas Baharudin, setakat ini hanya seorang suspek telah ditangkap selepas  menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pukul 11.30 malam, Selasa lalu 

‘Kita juga akan mendapatkan lanjutan reman terhadap suspek selepas perintah tahanan tiga hari yang dikenakan sebelum ini tamat hari ini,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang pelajar sekolah menengah di Setia Alam di sini berdepan detik-detik cemas apabila diserang empat lelaki bersenjatakan batang besi dan besi berantai di luar pintu pagar sekolah­nya, Isnin lalu.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa yang berusia 15 tahun cedera pada siku tangan kirinya selepas terkena hayungan rantai besi daripada salah seorang suspek. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini