Najib percaya tiada tindakan meskipun bersifat hasutan - Utusan Malaysia

Najib percaya tiada tindakan meskipun bersifat hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 8 Mac – Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggambarkan kerjasama Pas dan UMNO sebagai ‘ peingisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu merupakan provokasi keterlaluan dan bersifat hasutan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun  percaya pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan meskipun ia berunsur hasutan dan laporan polis dibuat oleh banyak pihak.

“Itu merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan memang boleh dianggap kenyataan provokasi yang keterlaluan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada apa yang boleh dipertikaikan kerjasama UMNO dan Pas, kerjasama itu adalah untuk kebaikan penyatuan ummah  dan kita juga bekerjasama dengan bukan Islam maknanya kita menjaga hak bukan Islam,” katanya pada majlis Kenduri Sekampung di Perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Sungai Koyan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini