Janji PRK tidak wajar bersifat eksklusif - Utusan Malaysia

Janji PRK tidak wajar bersifat eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Semua bentuk janji yang dibuat kerajaan yang memerintah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak boleh bersifat eksklusif khususnya di kerusi kawasan tertentu sahaja.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann berkata, ini kerana, janji yang dibuat melibatkan sumber kerajaan yang dikhususkan di kawasan tertentu boleh dianggap sebagai pengaruh tidak wajar.

“Jika mereka (kerajaan) berjanji untuk menaik taraf sekolah di seluruh Selangor semasa tempoh PRK (Semenyih) tidak mengapa. Anda boleh dipersoalkan tentang masa yang secara kebetulan dengan PRK.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi untuk sekurang-kurangnya dua minggu tempoh berkempen (PRK), kerajaan yang bertanggungjawab tidak patut membuat tawaran atau janji yang bersifat eksklusif kepada kawasan yang terlibat dengan PRK semata-mata,” katanya yang dipetik menerusi portal Malaysiakini  di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Thomas berkata, janji yang dibuat kerajaan juga tidak seharusnya mempunyai syarat-syarat tertentu membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

“Apabila buat janji, adalah tidak wajar bagi kerajaan menetapkan syarat seperti saya akan bina sekolah di Semenyih jika calon saya menang PRK ini.

“Ini tidak sepatutnya berkalu oleh kerajaan yang memerintah kerana perkara itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik atau menyokong kerajaan mahupun pembangkang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini