Felda terima pinjaman RM500 juta selesaikan tunggakan - Utusan Malaysia

Felda terima pinjaman RM500 juta selesaikan tunggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Felda menerima pinjaman kewangan sebanyak RM500 juta daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk melunaskan tunggakan bayaran bagi tahun lalu kepada pembekal dan kontraktornya.

Jelas Felda, antara pembekal dan kontraktor yang terjejas ialah mereka yang terlibat dengan pembekalan dan kerja-kerja berkaitan operasi kebun peneroka Felda seperti kerja tuai dan angkut.

Menurut agensi itu lagi, bayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat bermula minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Felda mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atas pinjaman kewangan sebanyak RM500 juta untuk melunaskan tunggakan bayaran bagi tahun 2018 kepada pembekal dan kontraktor Felda.

“Diharapkan pembayaran tunggakan ini akan melancarkan operasi kebun peneroka dan dapat memaksimumkan hasil serta pendapatan mereka,” jelas Felda dalam kenyataan di sini hari ini.

Felda juga memaklumkan sedang melaksanakan beberapa inisiatif transformasi untuk memulihkan aliran tunainya bagi memastikan kelewatan bayaran tidak berlaku pada masa hadapan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini