SKTBR 2 pertahan kejuaraan dua tahun Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor - Utusan Malaysia

SKTBR 2 pertahan kejuaraan dua tahun Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 (SKTBR2), Bukit Beruntung berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam KeJohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Selangor (MSSD) yang berlangsung selama tiga hari ini di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Sekolah itu berjaya merangkul kejayaan besar dengan memungut 11 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa.

Lebih membanggakan, tiga atlet SKTBR2 turut dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati dalam kejohanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka adalah Muhammad Syahmi Zaidi, Noor Hasanah Mohamad Sani masing-masing sebagai olahragawan dan olahragawati kategori bawah 11 tahun (Tahun 4 dan 5) manakala Nur Alya Qausar Azhar dinobatkan sebagai olahragawati kategori perempuan Tahun 6.

Guru Besar SKTBR2, Zaini Mad Lazin berkata, wakil atlet juga telah berjaya memecahkan rekod dalam acara 100 meter dan lompat jauh lelaki bawah umur 11 tahun.

“Kejayaan itu juga hasil kesungguhan pelajar dan juga penat lelah para guru yang bertungkus lumus memantapkan latihan sebagai persediaan menjelang kejohanan,” katanya.

Tambahnya, kejayaan tersebut memberi gambaran yang baik kepada setiap atlet untuk meneruskan kecemerlangan bagi mewakili daerah Hulu Selangor pada masa akan datang.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini