Penutupan Jalan TAR dimuktamad Selasa ini - Utusan Malaysia

Penutupan Jalan TAR dimuktamad Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Keputusan berhubung status Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sama ada ia ditutup atau sebaliknya kepada semua kenderaan persendirian akan dimuktamadkan Selasa ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, sehingga kini pihaknya masih dalam proses perbincangan dan penilaian dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Buat masa sekarang tiada sebarang keputusan tetap diambil, ia masih 50-50, “ katanya selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Persatuan Peruncit Jalan Batu dan Persatuan Perniagaan Jalan Masjid India di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 1, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baru-baru ini, DBKL memaklumkan mengenai cadangan penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu kepada semua kenderaan persendirian kecuali bas awam dan pelancongan bermula pada 15 Mac ini.

Cadangan itu bertujuan bagi menempatkan bazar Ramadan di sepanjang jalan tersebut untuk kemudahan orang ramai dan juga para peniaga.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini