Kerajaan PH jangan apologetik!  - Utusan Malaysia

Kerajaan PH jangan apologetik! 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyokong penuh usaha pemerkasaan agenda bumiputera oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, kerajaan tidak sepatutnya bersikap apologetik terhadap usaha memperkasakan bumiputera yang akhirnya akan menambah sokong masyarakat itu kepada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, situasi ketika ini jelas menunjukkan berlaku ketidakseimbangan ekonomi antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputera, maka seharusnya kerajaan mengambil tindakan segera untuk memperbaikinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Realitinya agenda bumiputera menerapkan konsep kemakmuran bersama (shared prosperity) yang sebenarnya bukan perkara baharu dan terkandung dalam mukadimah Rukun Negara,” katanya dalam sidang akhbar di Royale Chulan The Curve, di sini hari ini.

Beliau malah menegaskan, keutamaan yang diberikan kepada bumiputera tidak akan meminggirkan kaum lain kerana kesannya akan melimpah kepada kemakmuran ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Kemakmuran bersama bukan sahaja memberi manfaat politik tetapi juga menjanjikan peningkatan aktiviti ekonomi.

“Apabila majoriti rakyat mempunyai tahap pendapatan yang terlalu rendah, kesannya adalah ekonomi yang sukar untuk berkembang akibat kurangnya pelaburan dan penggunaan isi rumah,” katanya.

Susulan kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac lalu, Mohamed Azmin menggesa kerajaan Pusat tidak lagi apologetik atau berasa menyesal dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan bumiputera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini