Penyokong United ditikam pemandu teksi Paris - Utusan Malaysia

Penyokong United ditikam pemandu teksi Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Mac – Salah seorang penyokong Manchester United terpaksa menjalani pembedahan selepas ditikam pemandu teksi selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu membuat kejutan menumbangkan Paris Saint-Germain (PSG), lapor Sky Sports hari ini.

Sumber daripada polis Perancis mengesahkan kepada AFP bahawa lelaki tersebut mengalami kecederaan pada Rabu lalu setelah kedua-duanya bertikam lidah, namun dia dilaporkan stabil.

Sky Sports berkata, penyokong tersebut yang berusia 44 tahun, hadir ke ibu negara Perancis itu bersama tiga lagi rakan, sebelum pemandu tersebut berang kepada mereka kerana meraikan kejayaan United menang 3-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu itu berhenti untuk mengeluarkan mereka dari teksinya, sebelum mengeluarkan pisau dan mengancam penumpang wanita dalam kumpulan itu.

“Mangsa cuba untuk campur tangan untuk melindunginya, tetapi pemandu kemudian mengacukan pisau ke arahnya, kemudian menikamnya di dada,” dakwa Sky.

Penyokong tersebut dikejarkan Hospital Georges-Pompidou di Paris untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah daripada paru-paru mangsa.

Menurut laporan, suspek berjaya ditahan polis, bagaimanapun senjata yang digunakan bagi menikam mangsa tidak ditemui.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini