Argentina panggil semula Messi - Utusan Malaysia

Argentina panggil semula Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES,8 Mac – Lionel Messi tersenarai dalam skuad Argentina buat kali pertama hari ini sejak tamat Piala Dunia 2018 Rusia selepas penyerang itu tamat daripada menjalani ‘tempoh bertenang’.

Pemangku jurulatih Lionel Scaloni menamakan pemain terbaik dunia lima kali itu ke dalam barisannya untuk perlawanan persahabatan menentang Venezuela dan Maghribi, bulan ini.

Pemain Barcelona berusia 31 tahun itu menutup pintu untuk mewakili skuad kebangsaan selepas Argentina disingkirkan dari Piala Dunia hujung Jun lalu oleh penyandang juara, Perancis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Messi, Angel Di Maria yang turut ‘berehat’ panjang, dipanggil semula memenuhi skuad, bagaimanapun tiada tempat untuk veteran Sergio Aguero, sekalipun dalam prestasi terbaik bersama Manchester City.

“Piala Dunia telah memberikan kesedihan kepada semua, termasuk dia dan yang lain-lain

“Dan kemudian, dia melihat rakan-rakannya yang lain tersenarai. Dia sukakannya dan dia mahu mencuba sekali lagi. Dia dialu-alukan,” kata Scaloni kepada pemberita di pusat latihan Argentina, Ezeiza, dekat Buenos Aires.

Tambah Scaloni, dia bagaimanapun tidak menjamin sama ada penyerang sensasi itu akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan itu nanti.

“Leo sudahpun dipanggil semula dan kemudian, kami akan lihat sama ada di akan bermain dalam satu atau dua perlawnaan, atau tiada langsung. Saya tidak tahu. Keputusan ini di tangan saya,” katanya.

Secara keseluruhan, Messi telah terlepas enam perlawanan persahabatan sejak tamat kempen Piala Dunia 2018, namun ramai percaya dia akan kembali ke dalam skuad Argentina untuk Copa America, yang akan bermula 14 Jun ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini