Konsert Zee Avi dan NJWA ditangguhkan - Utusan Malaysia

Konsert Zee Avi dan NJWA ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Acara International Women’s Days with Zee Avi and NJWA Concert yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac ini terpaksa ditunda kepada 22 Jun depan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penganjur, Farhan Aizat dari Showlab Ventures menerusi satu kenyataan berkata, penangguhan tersebut disebabkan kerancakan konsert lain yang turut berlangsung pada Mac dan April.

“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu juga, beberapa aspek teknikal perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya. 

“Diharap peminat faham dengan keputusan ini dan segala kesulitan amat dikesali,” ujarnya.

Bertempat di lokasi yang sama iaitu Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pembeli tiket konsert sebelum ini boleh mendapatkan informasi lanjut menerusi laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my dan Facebook: ShowLab My. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini