Misteri MH370 belum terjawab - Utusan Malaysia

Misteri MH370 belum terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hari ini, genaplah lima tahun penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab iaitu di manakah anda dan apa sebenarnya yang terjadi?

Kehilangan pesawat penum­pang Boeing 777 yang hilang daripada radar semasa dalam pe­nerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 de­ngan membawa 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.

Operasi pencarian pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu walaupun telah melakukan pencarian le­bih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal daripada pesawat MH370.

Serpihan sayap kanan ditemui di Saint Denis di Reunion Island pada Julai 2015, manakala dua lagi serpihan lain ditemui di Mauritius pada Mei 2016 dan di sebuah pulau di Tanzania pada Jun 2016.

Selain itu, dilaporkan kira-kira 30 serpihan ditemui orang awam di kepulauan dan pantai Afrika di Lautan Hindi dan kebanyakannya diserahkan kepada pihak berkuasa dengan sebahagiannya disahkan sebagai ‘hampir pasti’ milik pesawat malang itu.

Laporan berita turut memaparkan penyiasat mendapati beberapa keping serpihan itu mempunyai nombor dan huruf stensil yang sama jenis tulisan dan warna digunakan oleh Malaysia Airlines serta beberapa bahagian dengan corak hiasan sepadan dengan Malaysia Airlines dan tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerba­ngan yang lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini