‘Selamat tinggal Belgium’ - Utusan Malaysia

‘Selamat tinggal Belgium’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 8 Mac – Bekas pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa bersama Belgium hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sebulan selepas dia berpindah dari Old Trafford ke kelab China.

“Selepas 12 tahun berkhidmat bersama Belgium di peringkat tertinggi, saya membuat keputusan untuk bersara di pentas antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan sebegini dan ia tidak hanya dilakukan seorang.

“Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri dan memberikan ruang kepada generasi baharu, pemain muda Belgium bagi meneruskan misi melakar sejarah bersama skuad kebangsaan,” katanya menerusi Twitter.

Fellaini, 31, membuat 87 penampilan bersama Belgium dan merupakan pemain yang berada dalam barisan kerika mereka menamatkan saingan Piala Dunia di tempat ketiga.

Belgium kini menduduki tempat teratas ranking dunia FIFA di depan Perancis, di mana pasukan itu telah menumbangkan mereka di separuh akhir Piala Dunia di Rusia tahun lalu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini