4 parti BN buat laporan polis terhadap Guan Eng - Utusan Malaysia

4 parti BN buat laporan polis terhadap Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Mac – Sayap pemuda daripada empat parti politik di negeri ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini malam ini.

Keempat-empat parti iaitu UMNO, Pas, MIC dan MCA bersepakat bahawa Guan Eng perlu disiasat di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan beliau berhubung kerjasama UMNO dan Pas.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, mereka juga bersepakat bahawa Setiausaha Agung DAP itu perlu meletakkan jawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan beliau berniat jahat dan menghasut, tindakannya itu boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini.

“Sehubungan itu, kami mendesak beliau untuk meletak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ kepada masyarakat bukan Melayu.

Kenyataan itu bagaimanapun ditukar dengan penukaran frasa ‘pengisytiharan perang’ yang diubah kepada ‘menyasarkan’.

Turut hadir, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Juwahir Amin dan Ketua Pemuda MIC negeri, R. Sathiaseelan.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA negeri, Ling Tian Soon yang dihubungi memaklumkan beliau tidak dapat hadir atas sebab tertentu namun bersepakat dengan laporan polis berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini