Semangat Man. United luar biasa - Utusan Malaysia

Semangat Man. United luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji mentaliti yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya selepas mencipta kemenangan luar biasa 3-1 pada pusingan kalah mati sekali gus menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Terdahulu, skuad The Red Devils tewas 0-2 pada perlawanan pertama bulan lalu, namun berjaya mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas penyerang muda, Marcus Rashford menjaringkan gol penalti pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut nyata menggembirakan Solskjaer yang menganggap pencapaian anak-anak buahnya membuktikan semangat tidak mengenal erti kalah itu masih tebal dalam pasukan United.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pernah melalui perlawanan drama­tik seperti ini ketika bergelar pemain terutamanya ketika kami menjuarai Liga Juara-Juara pada musim 1999. Secara peribadi, inilah keistimewaan sukan bola sepak kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Saya harap keputusan ini dapat menguatkan lagi harap­an saya untuk menjadi peng­urus kekal pasukan Manchester United, namun buat masa ini saya hanya fokus dengan baki kontrak yang tinggal tiga bulan lagi.

“Apa yang pasti, saya sangat berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh barisan pemain khususnya Rashford dan (Romelu) Lukaku yang bijak menyudahkan setiap peluang terhidang,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Lukaku menjaringkan dua gol sebelum pengadil membuat keputusan kontroversi menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk menghadiahkan sepakan penalti buat United pada masa kecederaan dan ia berjaya disudahkan oleh Rashford. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini