Hina Islam: Jakim tubuh unit pemantau - Utusan Malaysia

Hina Islam: Jakim tubuh unit pemantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam.

Serentak itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh te­rus membuat aduan ke aplikasi WhatsApp di talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada adu­[email protected].

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya de­ngan segera membuat laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).

“Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah me­lakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini,” kata Mujahid dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mujahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.

Berhubung penubuhan unit itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya menggesa tindakan tegas terhadap pesalah dapat dikenakan dengan sewajarnya.

“Jakim perlu lebih proaktif dan bergerak bekerjasama dengan NGO Islam supaya pemantauan lebih efektif di samping Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pengamal Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, undang-undang berhubung kesalahan tersebut juga perlu diperincikan dan jelas supaya tidak menimbulkan banyak persoalan terhadap tuduhan yang dikemukakan.

“Undang-undang berkaitan penghinaan agama tidak berkesan jika mempunyai banyak ‘lubang’ sehingga menyebabkan ia berpanjangan dan pesalah membuat rayuan. Akhirnya susah pula jatuh hukum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini